Alwi
SATU sifat berbahaya yang boleh
memudaratkan manusia dalam
kehidupannya ialah sifat lupa
diri. Tidak dapat dinafikan lagi
bahawa sifat lupa diri ialah
pokok kepada segala amalan
kejahatan. Dengan lain
perkataan, amalan kejahatan
yang dilakukan setiap insan acap
kali bertitik tolak daripada sifat
lupa diri.
Hakikat ini diperkuatkan dengan
firman Allah yang merakamkan
keburukan sifat lupa diri di
kalangan makhluknya. Antaranya,
kisah penderhakaan iblis kepada
Allah dengan keengganannya
untuk mentaati perintah Allah
kerana sifat lupa diri menguasai
dirinya sebagaimana firman Allah
yang bermaksud:
“Dan (ingatkanlah peristiwa)
tatkala Kami berfirman kepada
malaikat: Sujudlah kamu kepada
Adam; lalu mereka sujud
melainkan iblis, dia berasal
daripada golongan jin dan
menderhaka terhadap perintah
Tuhannya.” – (Surah al-Kahfi, ayat
50)
Begitu juga kisah Firaun bersama
pengikutnya yang melakukan
kezaliman dan kerosakan di atas
muka bumi ini, di samping
menentang seruan dibawa Nabi
Musa adalah kerana lupa diri
sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
“Masuklah tanganmu melalui
belahan dada bajumu, nescaya
keluarlah ia putih bersinar-sinar
dengan tiada cacat; dan kepitlah
tanganmu di celah ketiakmu
ketika berasa takut (nescaya
hilanglah takutmu). Yang
demikian itu adalah dua bukti
daripada Tuhanmu (untuk kamu
menunjukkan) kepada Firaun
dan kaumnya. Sesungguhnya
mereka itu adalah kaum yang
fasik-derhaka.” – (Surah al-Qasas,
ayat 32)
Lanjutan itu, Allah memberi
peringatan kepada orang Islam
agar jangan sekali-kali bertindak
seperti orang yang lupa diri di
mana Allah menyifatkan mereka
sebagai orang fasik iaitu orang
yang suka berbuat dosa dan
kejahatan serta durhaka kepada
Allah.
Dalam hal ini, Allah berfirman
dalam surah al-Hasyr, ayat 19
yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menjadi
seperti orang yang telah
melupakan (perintah-perintah)
Allah, lalu Allah menjadikan
mereka melupakan (amal yang
baik untuk menyelamatkan) diri
mereka. Mereka itulah orang
yang fasik lagi derhaka.”
Yang dimaksudkan dengan fasik,
Syeikh Raghib al-Asfahani
mendefinisikan sebagai keluar
daripada landasan syariat atau
agama. Istilah fasik digunakan
khusus kepada orang yang
diperintahkan dengan hukum
Allah namun mereka menolak
untuk mentaatinya dan
seterusnya mengingkari sama
ada sebahagian mahupun
keseluruhan hukum itu.
Dengan lain perkataan, istilah
fasik ditujukan kepada mereka
yang banyak melakukan dosa,
baik dosanya kepada Tuhannya
atau dosanya kepada sesama
manusia.
Bertolak daripada sini, dapat
disimpulkan bahawa sifat fasik
ini pada hakikatnya adalah sifat
lupa diri itu sendiri. Ia
berdasarkan analogi berikut iaitu
apabila seseorang manusia lupa
diri, maka secara automatik dia
akan lupa kepada Tuhannya.
Serentak dengan sifat lupa
kepada Tuhannya menguasai
dirinya, maka dia sudah pastinya
akan berani melawan dan
menentang segala hukum Allah.
Kesannya, tercetuslah kezaliman,
berlakulah kerosakan dan
tersebarlah kekacauan di seluruh
pelosok muka bumi ini.
Ringkasnya di sini dapatlah
disimpulkan betapa sifat fasik itu
begitu sinonim dan signifikan
kepada kerosakan dan kezaliman
itu sendiri.
Mungkin timbul pula persoalan
mengapa dan bagaimana sifat
lupa diri ini boleh wujud dalam
diri seseorang manusia.
Sebenarnya ada beberapa punca
utama yang boleh menyebabkan
seseorang lupa diri dalam
kehidupannya.
Pertama ialah apabila seseorang
itu lupa kepada Allah yang
selayaknya disembah, dipuji dan
dipuja, dipanjatkan doa dan
diminta segala pertolongan. Allah
jugalah yang menurunkan al-
Quran sebagai kitab hidayah dan
pedoman kepada umat manusia.
Namun, manusia sering ingkar
dan angkuh, lalu
membelakangkan ajaran al-
Quran.
Ketika itu, dia lupa kepada
Tuhannya dan mula menempah
saat-saat kehancurannya. Hatinya
sudah mula menjadi semakin
keras dan berkarat dengan
timbunan dosa dan tertutup
rapat daripada menerima cahaya
kebenaran dan seruan taubat ke
jalan yang benar.
Oleh itu, dia semakin berani
melakukan amalan kemaksiatan
dan kedurhakaan kepada Allah
sehingga seluruh detik
kehidupannya sarat dengan
kegiatan menyalahi syariat . Di
samping itu juga, dia sudah
bertuhankan iblis yang berjaya
menyesatnya daripada landasan
yang lurus. Akhirnya, dia
termasuk ke dalam golongan
penghuni neraka yang
disediakan azab yang tiada
terperi.
Sebab kedua yang
mengakibatkan manusia lupa
dirinya ialah lupa akan asal
usulnya sebagai hamba dan
makhluk Allah. Kisah keangkuhan
iblis menjadi bukti nyata hingga
menyebabkan iblis lupa diri lalu
enggan tunduk patuh kepada
perintah Allah agar sujud kepada
Nabi Adam. Iblis menganggap
bahawa penciptaan dirinya
daripada api lebih baik daripada
penciptaan Nabi Adam daripada
tanah sehingga dia lupa asal-usul
dirinya juga adalah hamba dan
makhluk Allah.
Jangan lupa di share dan like HAL HAL YANG MENYEBABKAN MANUSIA LUPA KE PADA ALLAH SWT. bro / sist
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya broth..
Save url to wapmaster
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya broth..
Save url to wapmaster
masih 0 komentar untuk HAL HAL YANG MENYEBABKAN MANUSIA LUPA KE PADA ALLAH SWT.
Posting Komentar