daripada sifat sombong
(ego). Lagi besar ego
seseorang lagi besar
marahnya. Ini berkaitan pula
dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi
kedudukan seseorang, besar
pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya,
maka akan tinggilah ego
seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya.
Sebaliknya jikalau kurang
segalanya, maka akan
kuranglah egonya dan akan
kurang jugalah pemarahnya.
Sifat pemarah ini ada pada
hampir semua orang seperti
juga hasad dengki. Kenapa
kita mesti marah ? Telah
berkata Mujahid di dalam
sebuah bait syair “Takdir
Allah telah putus dan
keputusan Allah telah terjadi.
Istirehatkan hati dari kata-
kata “Barangkali” dan
“Kalau”.
Setiap kelemahan dan
kesilapan manusia adalah
ujian untuk kita. Allah mahu
melihat bagaimana sabarnya
kita dan malunya kita
kepada Allah dengan
mengucapkan “Inna lillahi
wainna lillahi raji’un”.
Pernah ditanya Ahnaf bin
Qais, bagaimana dia boleh
mengekalkan sifatnya yang
lemah lembut itu. Ahnaf
menjawab : “Aku belajar
dengan Qais bin Asim iaitu
pada satu hari sedang
berehat-rehat, masuk
hambanya membawa
panggang besi yang berisi
daging panggang yang
masih panas. Belum sempat
daging itu diletakkan
dihadapan Qais, tanpa
sengaja besi pemanggang
yang panas itu jatuh terkena
anak kecil Qais.
Menjerit-jeritlah si anak,
kesakitan dan kepanasan
sehingga meninggal dunia.
Qais yang melihat peristiwa
itu dengan tenang berkata
kepada hambanya yang
sedang pucat dan
menunggu hukuman ” Aku
bukan sahaja tidak marah
kepada kamu tetapi mulai
hari ini aku akan
membebaskan kamu. ”
Begitulah sopan santunnya
dan pemaafnya Qais bin
Asim ”, kata Ahnaf
mengakhiri ceritanya.
Bukannya Qais tidak
menyayangi anaknya tetapi
Qais memandang segala
kejadian itu adalah dari
Allah. Jikalau dia bertindak
memarahi hambanya, maka
hakikatnya dia memarahi
Allah. Dia redha dengan ujian
yang ditimpakan kepadanya.
Tidak ada di dalam kamus
hidupnya perkataan kalau
atau barangkali. Hatinya
tidak terasa dia “tuan”
kerana apa yang ada
padanya dirasakan amanah
dari Allah. Yang bila sampai
ketikanya Allah akan ambil
kembali.
Kita mesti ubati hati kita. Kita
kita mesti membuangkan
rasa rasa “ketuanan” kita
yang menyebabkan kita
menjadi pemarah dengan
melakukan mujahadatun
nafsi.
Di antara langkah-langkah
yang perlu kita hadapi
untuk menghilangkan
marah ialah :
1. Mula-mula kita perlu
malu dengan Allah s.
w. t akan segala
tindak-tanduk kita.
Allah memerhatikan
segala perlakuan dan
sikap biadab kita.
2. Bila datang rasa
hendak marah,
ingatlah kita ini
hanyalah manusia
yang hina.
3. Banyakkan berdiam
diri dan berdoa
kepada Allah agar
Allah selamatkan kita
daripada sifat marah.
4. Hendaklah ingat
kesan daripada sifat
marah itu mungkin
akan membawa
kepada permusuhan
dan pembalasan
dendam dari orang
yang anda marahi.
5. Cuba bayangkan
betapa buruknya rupa
kita ketika kita sedang
marah. Ianya lebih
buruk daripada
perlakuan seekor
binatang jikalau anda
didalam keadaan yang
marah.
6. Apabila datang marah,
banyakkan baca
Ta ’awwuz
( A’uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana
marah itu datangnya
daripada syaitan.
7. Apabila marah sedang
memuncak, ambil
wudhu kerana wudhu
dapat menenangkan
api kemarahan yang
sedang membara.
8. Jikalau tidak boleh
hilang marah dengan
hal tersebut di atas,
hendaklah tidur.
Kerana ianya akan
meredakan perasaan
marah apabila bangkit
daripada tidur.
9. Tauhid kita perlu
tepat. Setiap sesuatu
itu datangnya dari
Allah dan akan
kembali kepada Allah.
Kenapa kita perlu
marah.
Kalau kita bersalah, kita tidak
suka orang memarahi kita.
Maka begitulah orang lain
yang melakukan kesilapan,
juga tidak suka dimarahi.
Tegurlah dengan lemah
lembut dan kasih sayang.
Satu cara lagi, apabila
datangnya marah,
sedangkan anda berdiri,
maka duduklah, sekiranya
duduk, maka bersandarlah,
Insya Allah kemarahan akan
mulai reda. Dengan cara
demikian, keegoan akan
berkurangan. Tetapi apa
yang berlaku, apabila naik
marah, yang bersandar akan
mula menetapkan duduknya
dan seterusnya berdiri, maka
kemarahan sudah tidak
dapat dikawal.
Marah ertinya gerakan nafsu
diri, seketika meluap darah
jantung dari suruhan
syahwat untuk
mempertahankan diri dan
untuk melepaskan dendam.
Cuma kemarahan itu tidak
boleh timbul kalau tidak
pada tempat dan waktunya.
Bila kemarahan telah timbul
tidak ditahan dengan fikiran
dan akal sebelum dia
menjalar, tidak ubahnya dia
dengan api yang membakar,
darah naik laksana wap,
memenuhi otak, sehingga
gelap menyelubungi hati
sehingga tidak sanggup
berfikir. Menyelimuti seluruh
urat saraf, penglihatan
nampak kecil bila
memandang orang, ketika
itu pertimbangan hilang,
akal tertutup, fikir tersentak,
angan-angan habis.
Orang yang marah adalah
laksana gua batu yang
terbakar api terkurung di
dalamnya dan angin masuk
juga mengipasnya
sehinggalah terkumpul di
dalam gua asap dan wap
yang menambahkan panas.
Kedengaran api memakan
kelilingnya habis menjadi
bara. Meskipun diusahakan
menyiram, maka air
penyiram itu akhirnya akan
menjadi minyak tanah
menambah kerasnya api.
Perbanyakkanlah
beristighfar, itulah senjata
orang2 mukmin.
Jangan lupa di share dan like *MUTIARA HATI*MENGHILANGKAN SIFAT PEMARAH. bro / sist
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya broth..
Save url to wapmaster
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya broth..
Save url to wapmaster
masih 0 komentar untuk *MUTIARA HATI*MENGHILANGKAN SIFAT PEMARAH.
Posting Komentar