pergaulan/hubungan secara
bebas yang melibatkan lelaki dan
perempuan yang ajnabi samada
di tempat sunyi atau di tempat
terbuka. Ia merupakan suatu ciri
pergaulan masyarakat jahiliyyah
dan juga berasaskan kepada
nilai2 dan system hidup
jahiliyyah. Bentuk pergaulan
seperti ini telah ditolak oleh Islam
sejak kedatangan Rasulullah SAW
yang membawa system dan nilai
hidup yg dipandu oleh Al-Quran
dan Sunnah.
BEZA ANTARA IKHTILAT DAN
KHALWAT
IKHTILAT
Seorang lelaki & seorang
perempuan berada bersama di
tempat terbuka.
§ Cth : Di pasar/bank/sekolah @
tempat awam semasa berurusan.
2 atau lebih lelaki dan
perempuan berada bersama dan
tidak berniat untuk berkhalwat
walaupun berada di tempat
tertutup atau sunyi
§ Cth : Bermesyuarat dlm bilik
khusus,belajar di kelas/dewan
kuliah.
KHALWAT
Seorang lelaki dan perempuan
berada bersama di tempat
tertutup/sunyi.
§ Cth : Sudah sedia maklum
dah......Dlm bilik/hotel berdua2an.
2 atau lebih lelaki dan
perempuan berada bersama dan
berniat untuk melakukan
khalwat ditempat tertutup/sunyi.
§ Cth : Sekumpulan
lelaki&perempuan berpakat
berkhalwat dalam dewan
tertutup walaupun dalam jumlah
yg ramai.
SALAH KE???
Ramai yg bertanyakan soalan ini
malah selalu diajukan soalan ini.
Semasa saya di sekolah
dahulu,soalan ini amat famous
sekali diajukan pada saya malah
sentiasa menjadi isu semasa
yang panas dalam usrah saya.
Disini saya utarakan 3 pendapat
atau 3 golongan dalam
menghukum dan mengadili
permasalahan ini:-
1- GOLONGAN MUTASYADDIDUN
· Golongan ini amat keras/syadid
dalam berhukum sehingga
menfatwakan kesemua ikhtilat
itu haram dalam apa jua keadaan
sekalipun. Cth : Sekolah perlu
diasingkan antara lelaki dan
perempuan hatta sekolah
rendah/tadika sekalipun. Malah
guru perempuan hanya boleh
mengajar di sekolah perempuan
sahaja dan begitulah sebaliknya.
Di Arab Saudi, ayah dilarang
untuk menghadiri majlis di
sekolah(cth:PIBG) bagi pihak
anak perempuannya.
· Golongan ini juga turut
mendakwa memakai niqab
adalah wajib selain menutup
seluruh aurat.
2- GOLONGAN MUTASAHHILIN
· Golongan ini terlalu
memudah2kan urusan agama
sehingga soal aurat dan ikhtilat
ini dipandang enteng.
· Aurat boleh didedahkan dan
percampuran lelaki dan
perempuan dibolehkan tanpa
batasan atas dasar kebebasan
dan hak individu.
3- GOLONGAN MUTAWASITTHIN
· Golongan ini adalah golongan
pertengahan yang menjadi
pegangan akidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah.
· Golongan ini bersederhana
dalam pengamalan. Tidak terlalu
keras/syadid atau tidak terlalu
memudahkan dalam pergaulan
lelaki dan perempuan.
· Tidak mengharamkan dan tidak
menghalalkan terus secara
mutlak percampuran lelaki dan
perempuan malah meletakkan
garis panduan dan syarat2
tertentu dalam pengamalan
ikhtilat.
Daripada huraian diatas, kita
perlu berpegang dan berhukum
dengan golongan yg ketiga dan
menolak pegangan golongan
pertama dan kedua. Kita boleh
berikhtilat lelaki dan perempuan
tetapi mestilah disertai dengan
etika garis panduan yang
ditetapkan. Jika kita mengatakan
haram berikhtilat secara
mutlak,maka apa hikmahnya
Allah menciptakan kaum wanita
di bumi ini. Jika begitu,adalah
munasabah jika kaum wanita
berada di planet lain yang mana
dikhususkan hanya untuk kaum
wanita. Begitulah sebaliknya.
Islam membenarkan ikhtilat
bukan secara mutlak tetapi
berpandu dan terarah.
APA YANG SALAH???
Hati kita sering tertanya2... Apa
yang salahnya ikhtilat ini??
Dimanakah salahnya ikhtilat
ini??? Mengapa salah??
Sememangnya hati sentiasa
berperang dengan nafsu. Nafsu
sentiasa membenarkan apa yang
diharamkan. Mungkin hati kita
terasa remeh dengan faktor2
tegahan ikhtilat ini namun ia
memberi impak maksima pada
maruah,hati,diri dan seterusnya
rantaian hubungan dengan Allah.
Apa yang dilarang??
[ 1 ] MELIHAT النظر- -
" Katakanlah kepada lelaki2 yang
beriman supaya menahan
penglihatan mereka serta
menjaga kehormatan mereka......
dan katakanlah kepada
perempuan2 beriman supaya
menahan penglihatan mereka
serta menjaga kehormatan
mereka"
Surah An-Nur 30-31
Sabda Rasulullah SAW :
" Wahai Ali janganlah pandangan
yang kedua menuruti pandangan
yang
pertama kerana sesungguhnya
pandangan pertama itu adalah
bagi kamu
sedangkan yang kedua itu dosa
ke atasmu"
Riwayat Ahmad,Abu Daud,Tarmizi
[ 2 ] SENTUH – المسح -
Sentuhan amat beracun kerana
lelaki dan perempuan
mempunyai kuasa magnet yang
positif+negetif. Ada kutub utara
+kutub selatan. Dalil sudah sedia
maklum tentang pengharaman
sentuhan lelaki/perempuan.
[ 3 ] BERCAKAP LEMBUT – الحضوع
في القول –
" Dan janganlah kamu ( isteri2
nabi) berkata lembut dan manja
serta melunakkan suaramu
ketika berbicara sehingga
menimbulkan keinginan orang
yang ada penyakit di dalam
hatinya dan ucapkanlah dengan
perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32
[ 4 ] TIADA PENDINDING ( HIJAB )
" Dan apabila kamu meminta
sesuatu y harus diminta dari
mereka(isteri2 nabi) mintalah
dari sebalik tabir. Cra demikian
lebih baik bagi hati kamu dan
hati mereka"
Surah Al-Ahzab 53
[ 5 ] KHALWAT
" Tidak boleh bersunyi dari kamu
dengan perempuan dan tidak
boleh bermusafir seorang
perempuan melainkan
bersamanya muhrim"
Riwayat Imam Bukhari
PECAHAN IKHTILAT
Seperti yg bincangkan
diatas,Islam meletakkan garis
panduan etika bagi masalah
ikhtilat ini. Ikhtilat pula terbahagi
kepada 2 iaitu :
[ 1 ] Ikhtilat ghoiri syar'ie
[ 2 ] Ikhtilat syar'ie
Jangan lupa di share dan like PERGAULAN BEBAS bro / sist
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya broth..
Save url to wapmaster
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya broth..
Save url to wapmaster
masih 0 komentar untuk PERGAULAN BEBAS
Posting Komentar