dikenakan oleh Islam untuk
seseorang wanita menerima
gelaran solehah, dan
seterusnya menerima pahala
syurga yang penuh
kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu
memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan
RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di
atas adalah sebagai
berikut :
1. Taat kepada Allah dan
RasulNya
Bagaimana yang dikatakan
taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan
Rasulullah s.a.w. melebihi
dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan
berperangai seperti wanita
jahiliah
- Tidak bermusafir atau
bersama dengan lelaki
dewasa kecuali ada mahram
bersamanya
- Sering membantu lelaki
dalam perkara kebenaran,
kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu &
bapa
- Sentiasa bersedekah baik
dalam keadaan susah
ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan
lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap
tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan
terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan
suami
- Menjaga kehormatan diri
dan harta suaminya selama
suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di
hadapan suami
- Tidak menolak ajakan
suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin
suami
- Tidak meninggikan suara
melebihi suara suami
- Tidak membantah
suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang
dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri,
kebersihan & kecantikannya
serta rumah tangga
FAKTOR YANG
MERENDAHKAN MARTABAT
WANITA
Sebenarnya puncak
rendahnya martabat wanita
adalah dari faktor dalaman.
Bukanlah faktor luaran atau
yang berbentuk material
sebagaimana yang
digembar-gemburkan oleh
para pejuang hak-hak palsu
wanita.
Faktor-faktor tersebut
ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan
tugas dan kegiatan luar atau
memelihara anak-anak,
maka tidak hairanlah jika
banyak wanita yang tidak
menyedari bahawa dirinya
telah lalai dari mengingat
Allah. Dan saat kelalaian ini
pada hakikatnya merupakan
saat yang paling berbahaya
bagi diri mereka, di mana
syaitan akan mengarahkan
hawa nafsu agar
memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam
surah al-Jathiah, ayat 23:
ertinya:
” Maka sudahkah kamu
melihat orang yang
menjadikan hawa nafsunya
sebagai Tuhannya dan Allah
membiarkannya sesat
berdasarkan ilmunya. Dan
Allah telah mengunci mati
pendengaran dan hatinya
dan meletakkan tutupan atas
penglihatannya. ”
Sabda Rasulullah s.a.w.:
ertinya:
“ Tidak sempurna iman
seseorang dari kamu,
sehingga dia merasa
cenderung kepada apa yang
telah aku
sampaikan. ” (Riwayat
Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan
saja dengan berzikir, tetapi
termasuklah menghadiri
majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan
keindahan dunia.
Keindahan dunia dan
kemewahannya memang
banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan itu
saja, malahan syaitan
dengan mudah
memperalatkannya untuk
menarik kaum lelaki agar
sama-sama bergelumang
dengan dosa dan noda.
Tidak sedikit yang sanggup
durhaka kepada Allah s.w.t.
hanya kerana kenikmatan
dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam
surah al-An ’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan
dunia ini melainkan
permainan dan kelalaian dan
sesungguhnya negeri
akhirat itu lebih baik bagi
orang-orang yang bertakwa,
oleh kerana itu tidakkah
kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya
dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-
nunjuk.
Dunia adalah perhiasan,
perhiasan dunia yang
terbaik adalah Wanita yang
solehah.
Jangan lupa di share dan like CIRI CIRI WANITA SOLEHAH bro / sist
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya broth..
Save url to wapmaster
dan sempatkan untuk membaca yang lainnya broth..
Save url to wapmaster
masih 0 komentar untuk CIRI CIRI WANITA SOLEHAH
Posting Komentar